Related Posts with Thumbnails

ABOUT CD


1. Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar.
Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.

2. Penjimatan kos.
Perbezaan antara lampin pakai buang dan cloth diapers.

a) Jika menggunakan lampin pakai buang:
RM0.50 sekeping X 6/sehari=RM3.00 sehari
RM3.00 X 365 hari=RM1095 setahun
RM1095 X 3 tahun = RM3285 untuk seorang anak

Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya........

b) Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD)
Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari.

Sehelai CD (termasuk 2 insert) = RM35
Beli 12 helai : 12 X RM 35 =RM420
Beli 20 helai : 20 X RM35 = RM700 sahaja !!!
(lebih banyak CD, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)


Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama apabila ahli keluarga bertambah.

3. Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas.
Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Jadi anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

4. Dari segi keselesaan dan kecantikan
 Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Ia juga perbuat dari kain yang ringan, lembut, dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit.

Glitter Words


CD Cover / Diaper Cover (Gambar A)
Fungsinya sebagai cover kepada insert, dan memastikan punggung bayi tidak akan basah. Cover luar ini berwarna-warni dan ada banyak butang untuk dilaraskan mengikut saiz bayi. Ia di perbuat dari kain jenis PUL.

Bahagian dalam diaper cover (Gambar B)
Kainnya lembut dan mampu memberi pengudaraan yang baik kepada punggung bayi serta cecair dari insert tidak akan mengalir keluar. Ia diperbuat dari lapisan kain polyester yang cepat menyerap air.

Insert  (Gambar C)
Berfungsi sebagai penyerap cecair/air kencing bayi. Sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan.
                           GAMBAR A        GAMBAR B      GAMBAR  C







                     




             
                      

                       

                      

Name :
Address :
Tel. No :
Email Address:
Product :
Type (for cloth diaper): S,M,L
S,M,L,XL
Colour, Size & Quantity :
Mode of Postage : E - Parcel
Pos Laju
Pos Express
Others